" Sesungguhnya yg memakmurkan masjid Allah SWT
hanyalah orang orang yg beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat serta (tetap)
melaksanakan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada apa pun) kecuali
kepada Allah SWT. Maka mudah mudahan mereka termasuk orang orang yg mendapat
petunjok. " (At-Taubah ayat 18)
" Apakah (orang orang) yg memberi minuman
kepada orang orang yg mengerjakan haji dan menguruskan Masjidil Haram, kamu
samakan dengan orang orang yg beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat serta
berjihad di jalan Allah SWT? Mereka tidak sama di sisi Allah SWT. Allah SWT
tidak memberi pentunjok kepada orang orang zalim. " (At-Taubah ayat
19)
Asbabun Nuzul Ayat 17-19 dari Surah At-Taubah
ini:-
An-Nu'man bin Basyir ra. menuturkan bahawa
para sahabat ra.hum berbeza pendapat tentang pekerjaan yg lebih utama, di depan
mimbar Rasulullah SAW pada hari Jum'at. Ada yg mengatakan bahawa memberi minum
orang orang yg berhaji lebih utama. Ada yg berpendapat bahawa menjadi pelayan
Masjidil Haram lebih utama, dan ada yg mengatakan bahawa jihad lebih utama. lalu
'Umar ra. menasihati mereka utk tidak berdebat di depan mimbar Rasulullah SAW,
maka turun lah ayat ini. (HR. Muslim dan Ahmad)
" Orang orang yg beriman dan berhijrah serta
berjihad di jalan Allah SWT, dengan harta dan jiwa mereka, adalah lebih tinggi
darjat nya di sisi Allah SWT. Mereka itulah orang orang yg memperoleh
kemenangan. " (At-Taubah ayat 20)