Saturday, November 26, 2016

Amalan Yang Paling Utama

" Sesungguhnya yg memakmurkan masjid Allah SWT hanyalah orang orang yg beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat serta (tetap) melaksanakan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada apa pun) kecuali kepada Allah SWT. Maka mudah mudahan mereka termasuk orang orang yg mendapat petunjok. " (At-Taubah ayat 18)
" Apakah (orang orang) yg memberi minuman kepada orang orang yg mengerjakan haji dan menguruskan Masjidil Haram, kamu samakan dengan orang orang yg beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat serta berjihad di jalan Allah SWT? Mereka tidak sama di sisi Allah SWT. Allah SWT tidak memberi pentunjok kepada orang orang zalim. " (At-Taubah ayat 19)
Asbabun Nuzul Ayat 17-19 dari Surah At-Taubah ini:-
An-Nu'man bin Basyir ra. menuturkan bahawa para sahabat ra.hum berbeza pendapat tentang pekerjaan yg lebih utama, di depan mimbar Rasulullah SAW pada hari Jum'at. Ada yg mengatakan bahawa memberi minum orang orang yg berhaji lebih utama. Ada yg berpendapat bahawa menjadi pelayan Masjidil Haram lebih utama, dan ada yg mengatakan bahawa jihad lebih utama. lalu 'Umar ra. menasihati mereka utk tidak berdebat di depan mimbar Rasulullah SAW, maka turun lah ayat ini. (HR. Muslim dan Ahmad)

" Orang orang yg beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah SWT, dengan harta dan jiwa mereka, adalah lebih tinggi darjat nya di sisi Allah SWT. Mereka itulah orang orang yg memperoleh kemenangan. " (At-Taubah ayat 20)

No comments:

Post a Comment